ABEJ Yong Tau Foo Sedap Pasir Gudang merupakan perniagaan yang di usahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Ahmad Janey Bin Jusoh dan Nuratiqah Binti Yahaya. ABEJ™ telah di tubuhkan sejak tahun 2012. ABEJ™ berkepakaran dalam masakan yong tau foo, masakan panas ala thai, western food dan masakan melayu.
Jenama ABEJ™ adalah di miliki oleh Syarikat AJS SOLUTIONS yang menjalankan pelbagai perniagaan.
Misi
Membina rangkaian perniagaan dengan menyediakan peluang Kerja kepada masyarakat. Membina disiplin dan mutu Kerja yang cekap kepada
generasi muda ke arah kepimpinan usahawan.
Visi
Membina rangkaian perniagaan ke Seluruh Malaysia dengan konsep bina, latih dan Kembangkan generasi muda kepada usaha sama membina empayar perniagaan dengan akidah yang beriman.
Ungkapan dari Abang J:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui serba sedikit mengenai perjalanan Abang J dalam arena perniagaan makanan (F&B).
Abang J, anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, telah membuat keputusan merantau ke bumi Johor pada 1992. Pada mulanya telah berkerja kilang di kawasan Pasir Gudang, Johor.
Dorongan hati utk memiliki perniagaan sendiri sudah lama disemai semenjak umur 19 tahun lagi. Oleh sebab kekurangan modal dan ilmu, Abang J berkerja kilang utk mencari modal. Siang kerja kilang, malam part time jadi pelayan kedai makan. Kerja keras tu nak kumpul duit… 😁
Pada tahun 2001 bermula episod baru pernigaan sendiri dengan membuka warong di tepi jalan di daerah Tampoi, Johor.
Daripada warong, lebih kurang 4 tahun mengumpul modal untuk membuka restoran. Akhirnya, tercapai juga hajat tersebut..
Restoran tersebut diberi name Restoran Anak Kampung dan telah beroperasi di Jalan Perdagangan Damai, bersebelan Taman Cendana. Dengan penuh semangat yang tinggi, perniagaan pun dibuka. Restoran tersebut dapat sambutan orang ramai. Tapi, sambutan tak berpanjangan. Hanya 5 bulan je…
Perniaggan mula slow tak macm dulu. Abang J pun pening nak uruskan. Tak tau kenapa. Sehinggalah satu hari didatangi oleh seorang ustaz memberitahu supaya kedai saya dipulihkan. Lagi pening, apa halnya pulak ni…
Bila niaga kita slow apa pun kita akan buat. Untuk pulihkan, Abang J pun setuju bersihkan. Selepas bersihkan, Alhamdulilllah niaga mula berubah semakin hari semakin baik.
Tapi hal tu tak berpanjangn juga. Beberapa bulan je lepas tu kembali suram. Pening lagi Abang J… 😰😰😰😰😰
Abang J hubungi ustaz yang dulu tu. Dia datang dan bagi tau Abang J supaya cari lokasi baru. Aduss mana nak cari modal ni. Kepala makin serabut..
Dari situ Abang J dapat belajar banyak hal.. Kedai Abang J didatangi belalang pelesik setiap hari. Abang J kumpul dapat setengah kilo sebulan..
Huru-hara kehidupan Abang J masa tu.
Genap setahun, Abang J tutup kedai tu. Tak mau pikir lagi. Dari situ banyak yang Abang J pelajari. Tiada ilmu pengurusan perniagaan yang betul akan membawa kepada kegagalan dalam perniaggan.
Berbekalkan sisa duit yang ada, terpaksa bergadai dan jual eset yang ada untuk buka semula perniagaan di lokasi baru. Akhirnya Abang J dapat lokasi kedai baru di Jalan Bacang, Kota Masai. Setelah selesa membuat renovation, operasi pun bermula.
Alhamdulillah perniagaan semakin maju dan dikenali ramai. Ujian datang lagi dalam kehidupan Abang J setelah berniaga selama 7 tahun di situ. Ujian yang berat dan sangat memeritkan. Ujian itu memaksa Abang J menjual perniagaan Abang J yang sedang maju.
Semenjak itu Abang J tak niaga makan lagi dan Abang J buat niaga lain. Macam-macam perniagaan Abang J buat selama setahun. Dalam masa setahun tu banyak yang abang J pelajari hal-hal niaga dan hal-hal ugama.
Pada suatu hari kawan abang J menawarkan lot foodcourt nya di Kip Mart Masai lama kerana dia cakap tiada untung. Oleh kerana minat abang J ni dalam bidang makanan, Abang J beli permiagaanya yang hampair nak bankrup tu. Dengan kepakaran dan pengalaman, Abang J membuat perubahan pada masakan dan strategi perniagaan Abang J.
Alhamdulillah.. 6 bulan niaga, kedai abang J mula mendapat pelangan tetap dan semakin maju. Perpindahan Kip Mart lama kepada Kip Mart baru lagi menambahkan pelanggan kepada perniagaan abang J.
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Perubahan berlaku dalam ekonomi semasa. Alhamdulillah abang J dapat bertahan dan semakin maju. Sekarang ini Abang J telah menukar trademark Abang J kepada “ABE J Yong Tau Foo Sedap Pasir Gudang”.
Kepakaran AbeJ adalah dalam menyediakan masakan Panas Ala Thai Dan Yong Tau Foo. 😊😊😊
Serba sedikit cerita mengenai perjalanan Abang J sebagai seorang peniaga makanan. Kalau nak tau semua memang panjang citenya. Abang J ringkaskan je ni. Kalau nak tau atau nak tanya bab niaga makan ni boleh jumpa Abang J sendiri. Insyaallah Abang J akan kongsikan ilmu yang abang J ada.
Insyaallah… SEMYUM SOKMO 😁😁😁😁😁
Copyright © 2023 AbeJKitchen.com. All Rights Reserved.